fbpx

Usahawan perlu berubah, manfaatkan pendigitalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizan memberi panduan kepada usahawan untuk membina bisnes yang berjaya dalam sebuah program ditaja RichWorks Februari lalu.

PETALING JAYA – Usahawan masa kini tidak boleh mengelak daripada perubahan semasa khususnya mengguna pakai teknologi internet dan digitalisasi bagi memastikan perniagaan mereka kembali ke landasan yang tepat selepas mengharungi fasa pandemik yang penuh cabaran.

Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd. berkata, Covid-19 telah menyebabkan tabiat manusia berubah dengan perkembangan teknologi digital yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh usahawan.

“Perubahan ini adalah kenyataan dan realiti yang perlu disedari usahawan terlebih dahulu sebelum mereka dapat bertindak dengan lebih berkesan serta efektif.

“Jika kita kekal dengan cara lama iaitu hanya berharap dan menunggu supaya keadaan pulih seperti dahulu, agak sukar untuk kita kembali bangkit meskipun ada perniagaan yang sudah pun dibenarkan kembali beroperasi,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Radz

Menurut Radz, RichWorks yang ditubuhkan pada 2008 telah melatih dan membimbing ramai usahawan dan pihaknya sangat memahami keadaan dihadapi mereka ketika ini.

Beliau telah menyaksikan di depan mata sendiri bahawa ramai usahawan terkesan telah berjaya berubah setelah mengikuti program percuma RichWorks yang telah berjalan sejak tahun lalu sehingga sekarang.

“Dalam program percuma Richworks Business Bootcamp 101 yang diadakan untuk beberapa jam selama 12 malam ketika total lockdown, ramai usahawan berjaya mendapat manfaat.

“Ini termasuk adik Marsya berusia 10 tahun yang belajar bersama ibunya dan dia sendiri telah menyaksikan peningkatan jualan sehingga lebih RM5,000 sebulan.

“Tempoh pandemik ini menyaksikan jualan lebih 700 usahawan dalam program mentoring RichWorks meningkat kepada RM2 bilion untuk tujuh bulan pertama tahun ini, berbanding jualan keseluruhan sebanyak RM2.2 bilion sepanjang 2020,” jelasnya.

Radz berkata, program terbaharu Richworks, Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 – Solusi Bisnes & Pemasaran Digital yang bakal dikendalikan secara langsung oleh Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No. 1 Asia, Datuk Wira Dr. Azizan Osman selama tiga hari pada 27 hingga 29 Ogos ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh usahawan yang berhasrat menambah baik perniagaan masing-masing.

Program percuma itu ditaja sepenuhnya oleh Richworks bagi menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana.

“Azizan akan berkongsi realiti bisnes terkini dan bagaimana kita perlu mengubah cara menjalankan bisnes masa kini, khususnya dalam soal pemasaran digital.

“Kita mempunyai seramai 27.4 juta pengguna internet dalam negara dengan 13.1 juta pembeli online, sekiranya usahawan tidak menggunakan pemasaran digital bagaimana mereka boleh mencapai pasaran ini,” ujarnya.

Untuk keterangan lanjut, layari laman web di https://richworks.com/bangkit/kosmo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI