fbpx

Rahsia tubuh seksi Karra Syam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KARRA SYAM

SEBAGAI seorang personaliti televisyen, Karra Syam mengakui sangat mementingkan soal kesihatan demi menjaga dan memastikan bentuk tubuhnya kekal langsing.

Maka, tidak hairanlah apabila Karra dilihat memiliki bentuk tubuh yang seksi, semua itu impak daripada rutin senaman secara konsisten setiap hari yang dilakukannya.

“Saya tidak pernah berhenti bersenam. Kalau saya tidak melakukan aktiviti olahraga selama dua hari, badan saya sudah berasa sakit dan mengganggu perasaan saya.

“Selain bersenam, saya juga menjaga pola pemakanan kerana yang sebenarnya, untuk memiliki bentuk tubuh yang menarik, 80 peratus harus bermula daripada pemakanan dan 20 peratus aktiviti bersenam,” kata wanita berusia 29 tahun itu.

Selain mengamalkan aktiviti olahraga, Karra juga percaya bentuk tubuh seksi yang dimilikinya hari ini juga adalah kurniaan daripada Tuhan untuknya.

“Selain bersenam, saya juga beruntung kerana dikurniakan bentuk tubuh yang cantik secara semula jadi oleh Tuhan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI