fbpx

KPN ucap takziah kepada keluarga Abdul Ghafar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Datuk Seri Abdul Ghafar Rajab

PETALING JAYA – Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga bekas Pengarah Pengurusan, Datuk Seri Abdul Ghafar Rajab yang meninggal dunia awal pagi tadi.

Menerusi satu kenyataan yang dikongsi di laman Facebook rasmi PDRM, Abdul Ghafar menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kata kenyataan itu, Allahyarham Abdul Ghafar telah berkhidmat dalam PDRM selama 39 tahun sebelum menjalani persaraan wajib pada 20 Julai 2018.

“Jenazah Allahyarham Abdul Ghafar akan disolatkan di Masjid Bukit Aman sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan persint 20, Putrajaya.

“Didoakan agar roh Allahyarham Abdul Ghafar sentiasa dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama para solihin,” katanya kenyataan itu di sini hari ini.- K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI