fbpx

Sami berpakaian wanita curi keluar waktu malam untuk berparti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sami tersebut (dalam bulatan kanan) berpakaian menyerupai wanita dan keluar pada waktu malam untuk berparti. -YouTube

BANGKOK – Seorang sami muda di timur laut Thailand dilaporkan menyarung pakaian wanita semata-mata untuk keluar berhibur pada waktu malam, lapor laman berita The Thaiger semalam.

Foto sami itu yang mengenakan jubah berwarna jingga,  dimuat naik bersama foto dirinya memakai pakaian wanita di laman Facebook.

Aduan telah dihantar ke pejabat Agama Buddha tempatan dan lelaki itu berdepan hukuman termasuk diusir daripada penempatan sami yang didiaminya.

Seorang penulis blog Thailand memuat naik foto sami tersebut berpakaian menyerupai wanita untuk berparti pada waktu malam.

Ketua Wat Yodkaew yang bersempadan dengan Laos, Nong Khai mengesahkan lelaki dalam foto tersebut merupakan sami di wat  tersebut,  namun tidak mengetahui tentang perbuatan lelaki itu keluar berparti pada waktu malam.

Katanya, pihak pengurusan wat tersebut sedang menjalankan siasatan bagi menentukan tindakan yang akan diambil.

Pengarah Pejabat Agama Buddha di Nong Khai berkata,  tindakan sami itu boleh merosakkan reputasi institusi agama tersebut.

Majlis Tertinggi Sangha yang merupakan badan pengurusan agama Buddha di Thailand  memberi kuasa kepada ketua kuil untuk menyiasat dan memberikan hukuman yang sewajarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI