fbpx

Status Muhyiddin, menteri kini dilabel sebagai ‘bekas’ di Wikipedia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PETALING JAYA – Status semua menteri di dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah dikemaskini di Wikipedia dengan menjadikan mereka sebagai ‘bekas’ sehari selepas kesemuanya hilang jawatan semalam.

Dimulai dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin, maklumat di dalam portal tersebut menyebutnya sebagai ahli politik yang menjadi Perdana Menteri ke-8 dari 1 Mac 2020 hingga 16 Ogos 2021.

“Datuk Seri Annuar Musa mula berkhidmat sebagai Menteri Wilayah di bawah pimpinan Muhyiddin dari Mac 2020 hingga Ogos 2021.

“Ahli Politik mewakili UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula berkhidmat sebagai Menteri Kanan Keselamatan dari Julai hingga Ogos 2021. Sebelum itu, beliau memegang jawatan Menteri Luar bermula Mac hingga semalam,” kata Wikipedia itu.

Tangkap layar laman Wikipedia yang memaparkan tarikh Muhyiddin berkhidmat sebagai perdana menteri sejak 1 Mac hingga 16 Ogos 2021.

Menurut maklumat itu juga, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri ke-13 selepas ditukarkan daripada Menteri Kanan Keselamatan yang diserahkan kepada Hishammuddin.

Tinjauan mendapati, jawatan dalam politik melibatkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Zuraida Kamaruddin juga telah dikemas kini bersama beberapa lagi menteri dan timbalan menteri ketika berkhidmat di bawah kerajaan PN. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI