PETALING JAYA – Sehari selepas hilang jawatan, bekas Menteri Wilayah, Tan Sri Annuar Musa memilih untuk berkebun bersama gelandangan di Anjung Kelana sebagai senaman pagi.
Annuar berkata, gelandangan di situ mula menanam tembikai, roselle, timun, terung, jagung, tebu, serai dan ulam-ulaman.
“Bagi menggantikan senaman pagi, saya memilih untuk bersama gelandangan di Anjung Kelana untuk berkebun.
“Alhamdulillah, kami mula menanam tembikai selain roselle, timun, terung, jagung, tebu, serai dan ulam-ulaman sedia ada,” kataya dalam satu status yang dimuat naik di laman Facebook miliknya.
Tambahnya, semua gelandangan sudah menerima dua dos suntikan vaksinasi.
Semalam, kerajaan Perikatan Nasional terbubar selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan surat peletakan jawatan Perdana Menteri dan anggota Kabinet kepada Yang di-Pertuan Agong. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929