fbpx

Wanita terperangkap dalam rumah sendiri selepas alami kekejangan otot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memberi susu kepada bayi yang diselamatkan bersama ibunya di Taman Kerjasama Bukit Beruang, Melaka semalam.

MELAKA – Seorang wanita melalui detik cemas apabila terkunci di dalam rumah sendiri bersama bayinya berusia dua bulan sebelum diselamatkan sepasukan bomba dalam kejadian di Taman Kerjasama Bukit Beruang di sini semalam.

Difahamkan kejadian berlaku selepas wanita terbabit yang berusia dalam lingkungan 40-an mengalami kekejangan akibat terjatuh di dalam bilik air dan tidak mampu berdiri bagi membuka pintu pagar yang berkunci.

Komander operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) ll Mohd. Iswandy Aripin berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 6.14 petang.

Katanya, sepasukan lapan anggota bersama-sama sebuah jentera dan Perkhidmatan Penyelamatan serta Perawatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba lima minit kemudian.

“Apabila tiba di lokasi kita mendapati pintu pagar rumah tersebut berkunci dan pasukan bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk membukanya menggunakan peralatan khas.

“Mangsa kemudian ditemui di dalam bilik tidurnya dalam keadaan menahan sakit kerana mengalami kekejangan manakala bayinya diletakkan di atas katil,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI