fbpx

Sorok 111 biji pil kuda dalam kotak rokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 111 biji pil kuda yang disimpan dalam sebuah kotak rokok dirampas di sebuah rumah di Kampung Lati, Pasir Mas semalam. - Foto IHSAN POLIS

PASIR MAS – Taktik tiga lelaki termasuk seorang remaja yang menyembunyikan 111 biji pil kuda dalam sebuah kotak rokok tidak berhasil apabila polis dapat menghidu perbuatan mereka itu di sebuah rumah di Kampung Lati di sini semalam.

Ketiga-tiga suspek berusia 15 hingga 23 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah dan Jabatan Siasatan Jenayah Pasir Mas kira-kira pukul 9.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, polis menjalankan serbuan ketika ketiga-tiga suspek berada di dalam sebuah rumah yang pintunya sedang terbuka.

Menurutnya, polis telah menjalankan siasatan lanjut terhadap mereka sebelum menjumpai satu kotak rokok di dalam sebuah bilik.

“Pemeriksaan di dalam kotak itu telah menjumpai sebanyak 111 biji pil kuda. Hasil soal siasat terhadap suspek berusia 23 tahun mendapati dia mengaku dadah yang dijumpai itu adalah miliknya.

“Berdasarkan keterangan suspek, kesemua pil kuda bernilai RM1,100 itu diperoleh daripada abangnya yang dikenali sebagai Iskandar,” katanya.

Menurut Mohd. Nasaruddin, ujian saringan air kencing terhadap mereka mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Tambahnya, polis sedang giat menjalankan usaha untuk mengesan Iskandar dan kes disiasat mengikut Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI