fbpx

Najib nak saman Muhyiddin?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu bukti laporan polis dibuat pihak Najib sebelum ini.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membuat saman fitnah terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Penerangannya, Wan Saiful Wan Jan.

Jelas Najib, perangai Muhyiddin seperti Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan buat video propaganda sedih serta suka lempar tuduhan tidak berasas.

“Saya tak main propaganda. Saya tak main air liur. Saya berdasarkan bukti, kebenaran serta data dan sains.

“Kami cabar kamu buat laporan polis bahawa ada yang suruh kamu ganggu kes utama, kamu tak berani. Sampai kita perlu buat untuk kamu. Suruh kamu keluarkan bukti, kamu tak ada.

“Sebab itu, peguam saya akan mengemukakan saman fitnah serta mohon kepada mahkamah untuk ambil tindakan terhadap Muhyiddin dan Wan Saiful Wan Jan kerana menghina mahkamah,” jelas Najib di Facebooknya malam ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Muhyiddin semasa mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri hari ini dan dalam kenyataannya beliau didakwa turut mengheret nama Najib.

Tambah Najib, Muhyiddin berkata beliau meletak jawatan Perdana Menteri sebab ada yang rakus kuasa yang mahukan jawatannya.

“Tapi dia sudah lupa siapa yang rakus kuasa untuk tikam belakang Mahathir dan khianat gabungan dia untuk rampas kuasa setelah parti dia kalah teruk kepada BN pada PRK Tanjung Piai dan mula minta nyawa pada kami.

“Siapa yang rakus untuk kekalkan kuasa sehingga hentikan parlimen selama tujuh bulan dan selepas dipaksa bersambung, dia tak benarkan ordinan darurat dibentang sehingga terpaksa menipu YDP Agong?” soalnya lagi.

Menurut Najib, Muhyiddin turut mengambil jalan mudah untuk kekalkan kuasa dengan bersuhabat dengan ‘kleptokrat’, namun tidak akan buat begitu.

“Dia lupa bahawa ‘kleptokrat’ juga yang dia minta nyawa dan naikkan dia jadi PM pada tahun lalu.

“Dia kata dia dipecat sebagai Timbalan PM oleh saya sebab 1MDB. Tidak dia dipecat sebagai TPM sebab dia berkomplot dengan Mahathir dan Mukhriz sejak tahun 2014 untuk tumbangkan saya sebagai presiden UMNO dan PM.

“Okay. Kamu fitnah bahawa kamu khianat saya sebab 1MDB. Adakah 1MDB sebab utama kamu khianat Pak Lah (Tun Abdullah Badawi) untuk naik ke Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri?

“Adakah 1MDB sebab utama khianat Mahathir untuk naik ke Presiden dan Perdana Menteri? Sampai sekarang dia tak nak mengaku bahawa sebab utama dia perlu undur ialah rekod dia amat teruk sekali. Kegagalan world-class,” jelas Najib. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI