fbpx

Duri hitam hadiah eksklusif untuk bos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHEE KEAT memeriksa durian duri hitam di dusunnya yang terletak di Balik Pulau, Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN – Durian duri hitam atau black thorn kini kembali menjadi rebutan dalam kalangan pelanggan terutama pengurus syarikat swasta untuk dijadikan hadiah eksklusif buat rakan perniagaan dan ketua mereka.

Perkara itu diakui peniaga dan pemilik dusun durian duri hitam, Tan Chee Keat, 30, yang memberitahu, ini berikutan musim pengeluaran raja buah premium yang dikenali sebagai ochee di negeri ini akan berakhir dua minggu lagi.

Menurut Chee Keat, dia tidak menang tangan menyediakan tempahan membabitkan enam bakul durian duri hitam dengan berat keseluruhan le­bih 300 kilogram setiap hari.

“Kebanyakan pelanggan terdiri daripada pengurus kilang di Pulau Pinang. Mereka membuat tempahan sekurang-kurangnya dua hingga tiga biji duri hitam sebagai hadiah istimewa untuk diberikan kepada rakan niaga atau bos mereka.

DURI hitam digemari ramai kerana rasanya yang manis dan pahit.

“Ramai yang berebut untuk membeli duri hitam setiap hari sampai kami terhutang kepada pembeli disebabkan me­reka telah membuat pembayaran awal,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Che Keat memberitahu, durian duri hitam menjadi pilihan utama berikutan pengeluaran buah itu sudah tidak banyak selain harganya yang mahal menjadikan ia eksklusif.

Jelas lelaki itu, kebanyakan pelanggannya memaklumkan du­rian duri hitam tidak boleh didapati setiap masa dan perlu menunggu setahun untuk penghasilannya.

“Kebanyakan mereka (pelanggan) memilih durian duri hitam yang belum dikopek.

“Saya dimaklumkan hadiah duri hitam ini sebagai tanda persahabatan selain berkongsi keenakan dengan mereka yang masih belum merasai raja buah itu,” katanya.

Tambah lelaki itu, durian duri hitam dijual pada harga RM75 sekilogram berbanding RM90 hingga RM120 sekilogram pada awal musimnya, Mei lalu.

“Memang berlaku penurunan harga sehingga RM65 sekilogram tetapi disebabkan tempahan meningkat dan pengeluarannya terhad, maka ada peniaga yang menaikkan harga RM10 lagi ketika ini,” katanya.

Sementara itu, seorang pe­ngurus syarikat swasta yang ha­nya mahu dikenali sebagai Erick memberitahu, pemberian hadiah durian duri hitam kepada ketua adalah sebagai tanda terima kasih atas kerjasama yang terjalin selama ini.

“Jangan salah sangka pemberian hadiah (duri hitam) ini. Kami bukan hendak membodek untuk kenaikan pangkat, tetapi lebih kepada penghargaan selain memberi peluang kepada mereka untuk merasai buah istimewa yang ditanam di dusun Balik Pulau ini.

“Nilai tiga biji durian duri hitam menyamai harga sebatang pen berjenama prestij. Lagi-lagi ia (duri hitam) hanya berbuah mengikut musim,” katanya.-K! ONLINEdurian iochee

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI