fbpx

Ben Amir besar kepala?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEN AMIR

PADA rembang petang tempoh hari, pemilik nama penuh Muhammad Amir Sabaruddin itu menggayakan sepersalinan lengkap jenama pakaian antarabangsa, Puma dengan rambut panjangnya diikat kemas ke belakang. Jejaka dengan nama pentasnya Ben Amir itu hadir ke tayangan perdana filem Astro First, Aku, Bunga yang mula ditayangkan sejak 13 Ogos lalu. Dalam filem arahan Kabir Bhatia itu, dia bergandingan dengan pelakon baharu, Bunga dengan Naim Danial. Ketika temu bual, satu perkara utama yang perlu dirungkaikan antara Ben dengan rakan media berkisarkan sikap…

Dilabel mula ‘besar kepala’, sombong dan sukar untuk didekati sekiranya timbul sebarang isu melibatkan namanya atau perlukan jawapan daripada bibirnya.

“Terlebih dahulu, saya minta maaf kalau ada sesiapa yang terasa, namun saya sedar memberi kerjasama kepada media ialah satu keperluan apabila menjadi seorang anak seni.

“Beginilah, saya memang seorang tidak suka berkongsi terlalu terperinci soal peribadi. Tujuan saya masuk industri memang untuk berlakon sahaja. Insya-Allah, selepas sudah tahu hal ini, saya akan perbaiki kelemahan dan perkara yang terlepas pandang,” kata Ben Amir.

Daftar di sini untuk baca berita penuh

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI