fbpx

Mei Kuan tinggalkan arena sukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEI KUAN (depan) membuat keputusan bersara selepas menghantar surat peletakan jawatan kepada BAM yang akan berkuat kuasa 15 September ini.

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pemain beregu wanita negara, Chow Mei Kuan telah membuat keputusan untuk bersara daripada arena badminton dunia.

Meskipun persatuan sudah cuba melakukan apa yang termampu bagi memastikan dia terus kekal beraksi, namun pemain berusia 26 tahun itu tetap dengan pendiriannya.

Keputusan yang dilakukan Mei Kuan boleh dianggap sedikit mengejutkan memandangkan dia baru sahaja selesai menggalas tugas negara pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini.

“Hari ini, Persatuan Badminton Malaysia sudah menerima surat peletakan jawatan daripada pemain beregu wanita, Chow Mei Kuan dan ia akan berkuat kuasa 15 September 2021.

“Pelbagai usaha sudah dilakukan bagi memujuk Mei Kuan agar terus kekal, namun dia sudah membuat keputusan muktamad untuk bersara daripada dunia sukan,” kata BAM menerusi satu kenyataan hari ini.

Justeru, badan induk sukan badminton tanah air itu menyatakan penghargaan terhadap sumbangan Mei Kuan selama ini selain mengucapkan selamat maju jaya buatnya.

Sepanjang bergelar pemain kebangsaan, Mei Kuan mengecapi beberapa kejayaan di pentas antarabangsa termasuk merangkul pingat emas bersama Vivian Hoo pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.

Menerusi pengumuman persaraan tersebut, Sukan Olimpik Tokyo 2020 mungkin menjadi kejohanan terakhir dalam karier buat pemain kelahiran Kuala Lumpur itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI