fbpx

Barcelona boleh ‘hidup’ tanpa Messi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROBERTO antara pemain yang berjaya menjaringkan gol buat Barcelona ke atas Sociedad awal pagi semalam. – AFP

BARCELONA – Ketua jurulatih Barcelona, Ronald Koeman memuji persembahan cemerlang anak-anak buahnya selepas berjaya mencatat kemenangan 4-2 ke atas Real Sociedad dalam aksi La Liga di Stadium Camp Nou awal pagi semalam.

Kemenangan itu membuktikan The Catalan masih mampu berada dalam kelas tersendiri meskipun tanpa Lionel Messi yang berhijrah menyertai Paris Saint-Germain memandangkan Sociedad merupakan antara pa­sukan pencabar kejuaraan La Liga musim ini.

Sebaliknya, Koeman, 58, menyifatkan kekuatan mental barisan pemainnya adalah kunci utama kejayaan meraih tiga mata itu selepas ramai memandang rendah kemampuan mereka setelah kehilangan magis Messi.

“Memphis (Depay) bermain cukup cemerlang dan berjaya mencipta umpanan jaringan se­perti yang biasa dilakukannya.

“Martin Braithwaite juga adalah salah satu contoh terbaik ke­rana sentiasa bekerja keras untuk pasukan. Hasilnya, dia berjaya meledak dua gol dalam perlawanan ini.

“Saya sangat berbangga de­ngan semangat dan kesungguhan semua pemain terutama kapten-kapten dalam pasukan ini. Mereka menjadi contoh buat pemain-pemain generasi muda Barcelona,” katanya.

Baki dua lagi gol Barcelona berjaya dijaringkan oleh Gerard Pique dan Sergi Roberto yang mana kedua-duanya kini memainkan peranan antara kapten dalam pasukan itu.

Dalam masa sama, Koeman berharap beliau dapat menandatangani khidmat salah seorang penyerang Arsenal antara Pierre-Emerick Aubameyang atau Ale­xandre Lacazette selepas menawarkan Philippe Coutinho sebagai pertukaran kepada The Gunners. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN