fbpx

Ketua kampung disaran curi lembu penduduk, pulangkan jika terima vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Kecamatan Batang-Batang, Juko Suwarno ( dua dari kanan) dalam sidang media di Sumanep, Jawa Timur. - beritajatim.id

JAKARTA – Seorang ketua kecamatan di Jawa Timur mengakui memberi idea agar ketua-ketua kampung di kawasannya mencuri lembu penduduk yang enggan divaksin, lapor portal beritajatim.id, semalam.

Joko Suwarno yang merupakan  Ketua Kecamatan Batang-Batang, bagaimanapun berkata, beliau  memberitahu idea itu sebagai sekadar bahan gurauan ketika sesi perbincangan antara ketua kampung.

Menurut Joko, video tular yang memaparkan dirinya berkata begitu dirakam ketika peratusan vaksinasi Covid-19 di wilayah Sumanep sangat rendah.

“Memang saya ada beritahu ketua kampung untuk mencuri lembu peliharaan penduduk yang menolak vaksin tetapi dalam nada bergurau.

“Ini kerana pada ketika itu, mereka semua buntu bagaimana mahu menyuruh penduduk mengambil suntikan vaksin Covid-19,” jelas Joko.

Tambah Joko, dia memohon maaf atas keterlanjuran kata-katanya jika telah menyinggung mana-mana pihak.

“Maksud saya mencuri lembu itu bukan untuk keuntungan. Biasanya penduduk akan mengadu pada ketua kampung jika berlaku apa-apa musibah.

“Mungkin jika lembunya hilang, dia akan mengadu pada ketua kampung dan boleh diberi syarat perlu vaksin untuk dapatkan semula lembu mereka. Itu sahaja,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI