fbpx

Nasib tidak menyebelahi City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GREALISH (tengah) bermain dengan lebih baik ketika menyarung jersi England kerana falsafah bola sepak yang diterapkan Southgate berbanding gaya permainan Guardiola di City. – AFP

LONDON – Nasib kurang baik buat juara bertahan, Manchester City apabila tewas 0-1 kepada Tottenham Hotspur pada aksi sulung Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Tottenham Hotspur kelmarin.

Meskipun berbelanja besar dalam jendela perpindahan selepas mendapatkan Jack Grealish dengan harga £100 juta (RM587.6 juta) daripada Aston Villa, namun ia masih gagal membantu skuad kendalian Pep Guardiola dalam aksi itu.

Jaringan tunggal penyerang Korea Selatan, Son Heung Min pada minit ke-55 sudah cukup untuk meranapkan harapan City memulakan saingan musim ini dengan tiga mata.

“Kami memulakan permainan dengan baik tetapi berdepan sedikit masalah ketika mengatur gerakan untuk menyerang.

“Saya akui kami kurang baik ketika melakukan transisi sera­ngan. Kami hilang terlalu ­banyak bola sehingga membuatkan ­pasukan berada dalam keadaan sukar.

“Jentera serangan juga gagal untuk memanfaatkan beberapa peluang yang terhidang,” kata Guardiola.

Selepas gagal untuk mengutip tiga mata pertama, pengendali dari Sepanyol itu mula menggesa pera pemainnya agar bangkit menampilkan aksi lebih baik pada perlawanan akan datang.

“Meskipun tewas, namun saya sedikit lega kerana kita masih berada di awal saingan. Ada 37 perlawanan lagi yang perlu diharungi, jadi semua pemain perlu tampilkan aksi lebih baik nanti,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI