fbpx

Tottenham ‘malukan’ juara bertahan EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HEUNG-MIN (kanan) melakukan rembatan cantik untuk meledak gol tunggal buat Spurs ketika menewaskan City 1-0 di Stadium Tottenham Hotspur kelmarin. – AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Nuno Espirito Santo berbangga dengan persembahan yang ditampilkan anak-anak buahnya selepas berjaya menewaskan Manchester City 1-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) kelmarin.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Tottenham Hotspur itu, Spurs meraih kemena­ngan menerusi jaringan tunggal ­penyerang, Son Heung-min pada minit ke-55.

Biarpun turun tanpa kelibat kapten, Harry Kane, namun pa­sukan tuan rumah masih mampu untuk mengucar-kacirkan benteng pertahanan City menerusi serangan balas pantas yang cukup berbahaya.

“Satu perlawanan yang cukup baik ditampilkan oleh semua pemain. Lebih manis apabila kami berjaya lakukannya di hadapan ribuan penyokong sendiri.

“Sejak awal perlawanan memang saya sedar kami akan berdepan aksi sukar, namun selepas 20 minit pertama kami mula mencipta beberapa pe­luang.

“Tuah ternyata menyebelahi kami apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan,” kata jurulatih dari Portugal itu.

Bekas pengendali Wolverhampton Wanderers itu turut memuji peranan jentera sera­ngannya yang sentiasa berupaya menghadirkan ancaman berbahaya ke arah pintu gol The Citizens.

“Berdasarkan susunan pasukan, tiga pemain di bahagian serangan bekerja keras sepanjang perlawanan. Semua orang tahu bukan mudah beraksi menentang City tetapi kami me­nunjukkan disiplin yang cukup tinggi,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI