fbpx

Zulkifli mahu lebih aktif di YouTube jawab soalan agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang memberi sokongan dan kerjasama sepanjang beliau menjadi menteri.

PETALING JAYA – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyatakan hasrat untuk lebih aktif di saluran YouTube dan Twitter selepas tugasnya sebagai menteri berakhir hari ini.

Menurutnya, beliau turut mahu kembali dalam arena penulisan buku selain menyampaikan kuliah dan menjawab soalan-soalan agama daripada khalayak.

“Alhamdulillah, amanah yang saya terima dengan lantikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai senator dan menteri adalah tanggungjawab dan penghormatan yang dilaksanakan sedaya upaya.

“Mohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan saya sepanjang 17 bulan enam hari ini. Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia. Saya sayang anda semua,” tulisnya menerusi hantaran di laman Twitter sebentar tadi.

Ahli The Muslim Council of Elders, Emiriyah Arab Bersatu itu berkata, Terjemahan Sahih al-Bukhari, Tafsir al-Qur’an al-Bayan dan Terjemahan al-Quran versi al-Bayan adalah hadiah buat seluruh umat Islam sekali gus menempa sejarah dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan kini sedang dalam urusan percetakan.

“Semua inisiatif kerajaan sepanjang 2002-2021 akan dibentangkan dalam minggu ini, insya-Allah. Rakyat perlu tahu ke mana setiap sen zakat, infak, wakaf yang mereka salurkan melalui kami.

“RM591.9 juta telah diagihkan bermula Mac 2020 hingga hari ini melalui inisiatif #Musaadah sejak bermulanya pandemik Covid-19 oleh agensi-agensi agama di bawah tanggungjawab saya. Saya minta mereka teruskan walaupun saya telah tiada,” katanya.

Zulkifli mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi mufti pertama di negara ini dilantik sebagai menteri.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI