fbpx

Guan Eng tidak maklum ada jumpa individu berhubung projek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guan Eng ketika hadir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Saksi pendakwaan ketiga, Datuk Lim Hock Seng memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa Lim Guan Eng tidak memaklumkan mengenai pertemuannya dengan seorang individu yang dikenali sebagai Datuk Zarul berhubung projek pembinaan jalan utama dan terowong di Pulau Pinang.

Hock Seng ,73, berkata, pada 26 Januari 2011 melalui mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK), Guan Eng hanya memaklumkan bahawa sebuah syarikat swasta ingin menerokai pembinaan projek terowong di negeri itu namun bekas Menteri Kewangan itu tidak menjelaskan nama syarikat dengan lebih terperinci.

“Dalam mesyuarat MMK tersebut, beliau (Guan Eng) tidak menyatakan berjumpa atau berunding… tapi cuma menyatakan ada sebuah syarikat hendak terokai pembinaan projek terowong di Pulau Pinang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shahahruddin Wan Ladin sejauh mana pengetahuanya mengenai pertemuan Guan Eng dan Datuk Zarul.

Dalam pada itu, saksi itu turut memaklumkan bahawa dia juga tidak mempunyai pengetahuan secara rasmi mengenai perbincangan antara Guan Eng dan Datuk Zarul di sebuah hotel di Kuala Lumpur mengenai projek di Pulau Pinang.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung lagi Rabu ini.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Guan Eng, 61, didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang telah menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan bagi dirinya sendiri wang berjumlah RM3.3 juta dengan mengambil tindakan bagi membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli yang dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI