fbpx

MOT putuskan dalam tempoh terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zailani

Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membawa isu melibatkan penutupan semua institusi memandu (IM) sejak 1 Jun lalu akibat Covid-19, yang menyebabkan ramai pihak terjejas ke peringkat Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak lama lagi.

Ketua Pengarahnya,  Datuk Zailani Hashim berkata, pihaknya menyedari isu terbabit yang dilihat sebagai satu perkara yang serius dan perlu diambil perhatian bagi membolehkan perkara berbangkit dapat diatasi.

Katanya, pihaknya mengambil maklum perkara melibatkan penutupan IM yang menyebabkan ramai pihak berkaitan terjejas bagi mendapat latihan dan lesen memandu.

“Jika ditanya kepada saya, adalah logik dan wajar IM dibuka namun perlu diingatkan, JPJ hanyalah agensi pelaksana dan keputusan membenarkan operasi adalah di peringkat kementerian dan kerajaan kerana semua perkara berkaitan mempunyai tatacara dan prosedur yang perlu dituruti.

“Saya akan bawa perkara ini ke peringkat kementerian bagi mencari kaedah terbaik untuk semua dan biarlah perkara ini, kementerian yang akan mengeluarkan sebarang kenyataan susulan perkara ini dalam tempoh terdekat,” katanya dalam sidang akhbar secara maya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Kosmo! mengenai lebih setengah juta individu di negara ini terjejas apabila mereka terpaksa menangguhkan hasrat untuk memiliki lesen memandu kerana semua IM masih ditutup sejak 1 Jun lalu akibat Covid-19.

Daripada jumlah itu, hampir 80 peratus adalah lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan golongan belia yang kini amat memerlukan lesen memandu terutamanya untuk memudahkan mereka keluar be­kerja. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI