PETALING JAYA – Berdasarkan situasi semasa politik negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa keselamatan dan ketenteraman awam negara masih berada dalam keadaan terkawal.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, orang ramai diminta untuk tidak gusar dan tidak membuat sebarang spekulasi kerana PDRM akan memastikan keselamatan negara berada pada tahap selamat serta meningkatkan pemantauan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.
“PDRM juga sentiasa memantau senario keselamatan semasa dan akan mengambil tindakan tegas jika terdapat mana-mana pihak menggunakan apa jua medium yang boleh menimbulkan hasutan dan menggugat ketenteraman awam.
“Orang ramai turut diminta agar sentiasa mematuhi segala Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dalam menjalani kehidupan harian sebagai usaha bersama untuk membendung penularan wabak Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929