fbpx

Amelina sebak, peminat tempah makanannya untuk ibadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amelina tersentuh ramai pelanggan memberi sokongan atas perniagaan makanan yang diusahakan.

PETALING JAYA – “Menitis air mata saya bercampur sayu melihat betapa indahnya bila diri disayangi”.

Itu perasaan yang dirasai Ratu Dangdut, Amelina apabila menerima banyak tempahan makanan daripada pembeli dengan niat untuk membantu perniagaannya

Lebih mengharukan apabila rata-rata pembeli menempah makanan daripadanya untuk disedekahkan atas nama insan tersayang seperti keluarga, termasuk atas nama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, pelantun lagu Semakin Rindu Semakin Asyik itu berkongsi kisah tempahan makanan daripada pelanggan yang menyentuh hatinya.

“Tempahan minggu lepas betul-betul menyentuh hati saya. Sebenarnya ramai yang tempah daripada saya dan mengamanahkan saya untuk sedekahkan makanan yang ditempah it uke rumah anak-anak yatim dan golongan asnaf,” katanya.

Ujar ibu kepada enam cahaya mata itu, ada juga dalam kalangan pembelinya membuat tempahan untuk disedekahkan atas nama arwah ibu dan bapa mereka selain untuk diri sendiri.

“Bila saya ucapkan terima kasih, mereka akan kata: “saya bersedekah sambil tolong kak long (panggilannya) supaya kak long terus bersemangat,” kongsinya.

Namun, apa yang membuatkan Amelina atau nama lengkapnya Norazlina Amir Sharipuddin, 47, lebih terharu apabila ada seorang hamba Allah SWT membuat tempahan makanan daripadanya untuk disedekahkan atas nama Allahyarham Siti Sarah.

“Katanya, dia berbuat demikian kerana saya dan juga arwah merupakan dua orang artis kegemarannya. Semoga Allah SWT memberkatimu,” ujarnya.

Terdahulu, ibu tunggal kepada enam orang cahaya mata itu mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan makanan nasi minyak dan nasi ayam secara kecil-kecilan demi meneruskan kelangsungan hidup yang semakin getir akibat Covid-19.

Ujar Amelina, dia tidak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa suatu hari nanti dia akan berniaga makanan hasil air tangannya sendiri.

Buat mereka yang ingin merasa air tangan Amelina, boleh membuat tempahan menerusi talian 0198915509. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI