fbpx

[VIDEO] Muhyiddin sahkan peletakan jawatan sebagai PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan beliau telah menyerahkan warkah peletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri dan seluruh Jemaah Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pukul 12.30 tengah hari tadi.

Menurutnya, peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri dan peletakan jawatan seluruh Jemaah Menteri itu dibuat di bawah Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan disebabkan beliau telah kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

“Ini bermakna saya dan seluruh ahli Jemaah Menteri telah meletakkan jawatan. Walaupun saya pada awalnya mencadangkan supaya keabsahan saya sebagai Perdana Menteri ditentukan di Parlimen, namun 15 Ahli Parlimen UMNO telah menarik sokongan kepada saya dan cadangan kerjasama rentas parti yang saya kemukakan telah ditolak oleh parti-parti pembangkang.

“Jelaslah saya telah kehilangan sokongan majoriti. Jadi tidak perlu lagi keabsahan saya sebagai Perdana Menteri ditentukan di Parlimen,” katanya dalam satu perutusan hari ini. – K! ONLINE

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI