PETALING JAYA – “Saya berbesar hati dapat berkhidmat dengan MITI dan negara tercinta”.
Itu pesanan ringkas yang dimuat naik di Facebook Story, Datuk Seri Azmin Ali sebentar tadi berkenaan jawatannya dalam Kabinet selepas peletakan jawatan Perdana Menteri.
Ahli Parlimen Gombak itu sebelum ini memegang portfolio sebagai Menteri Kanan (Industri) dalam Kabinet Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Namun jawatannya kini didakwa sudah berakhir setelah kerajaan PN terbubar apabila Yang di-Pertuan Agong menerima surat perletakan jawatan Perdana Menteri hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929