fbpx

41 guru meninggal akibat Covid-19 sejak 30 Julai sehingga semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Senarai guru yang meninggal akibat Covid-19 sejak 30 Julai lalu sehingga semalam.

PETALING JAYA – Luluh hati orang ramai apabila melihat perkongsian oleh bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengenai kematian guru di seluruh negara akibat Covid-19.

Menerusi laman Facebooknya, Maszlee yang turut berkongsi data daripada Facebook Kami Guru Malaysia memberitahu terdapat 41 orang guru yang telah meninggal dunia akibat Covid-19 bermula dari 30 Julai hingga semalam.

“Saya diberikan senarai guru-guru yang telah meninggalkan kita akibat Covid-19 dari FB Kami Guru Malaysia dari 30 Julai sehingga 15 Ogos 2021 (semalam).

Saya yakin di luar sana masih terdapat ramai lagi yang saya tidak tahu. Semoga mereka semua diberkati di negeri abadi, aminn,” tulisnya pada laman Facebook hari ini.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna meluahkan rasa sedih dengan kehilangan sebahagian daripada pendidik anak bangsa di seluruh negara akibat Covid-19.

“Salam takziah kepada warga pendidik dan sekolah di seluruh Malaysia yang meninggal dunia disebabkan Covid-19,” tulis Franfie Manalow.

Pada masa sama, pengguna turut memaklumkan bahawa terdapat ramai lagi warga pendidik yang sedang bertarung nyawa di hospital seperti perkongsian oleh Mohammad Ferdauz Jumain.

“Ramai lagi guru-guru yang meninggal akibat Covid-19 senarai ini bermula 30 julai, yang masih bertarung nyawa di ICU pun masih ramai. Al-Fatihah dan salam takziah kepada guru-guru yang gugur,”ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI