fbpx

Identiti tiga mangsa rentung masih dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga dilaporkan rentung dalam kebakaran sebuah kereta di Jalan Masjid Negeri di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Polis masih melakukan siasatan lanjut berhubung punca kejadian kemalangan jalan raya membabitkan kematian tiga individu yang rentung selepas sebuah kereta jenis Toyota Vios dinaiki mereka terbakar di Jalan Masjid Negeri, Jelutong di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya juga sedang mengenal pasti identiti mangsa yang kesemuanya didapati terbakar kira-kira 90 peratus.

Menurut Soffian, pihaknya yang mendapat maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 3.05 pagi mendapati kereta berkenaan hangus sebanyak 90 peratus.

“Berdasarkan pemeriksaan awal, terdapat tiga mayat iaitu masing-masing di tempat duduk pemandu, tempat duduk penumpang hadapan dan tempat duduk belakang.

“Mayat mangsa telah berjaya dikeluarkan daripada kereta kira-kira pukul 5.40 pagi dan kesemua mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang bagi tujuan bedah siasat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, Soffian berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian termasuk yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Nizam Abdullah di talian 010-9771517 atau balai polis terdekat bagi membantu siasatan.

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI