fbpx

2 pegawai, seorang anggota polis khayal sudah dituduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan memaklumkan tiga daripada enam pegawai dan anggota polis yang terlibat dalam parti lalok sudah dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor semalam. - Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Tiga daripada enam anggota dan pegawai polis yang ditahan sedang khayal dipercayai mengambil dadah di sebuah pusat hiburan di sekitar kawasan bandar raya, 6 Ogos lalu sudah dituduh di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dua pegawai dan seorang anggota polis itu mengaku tidak bersalah selepas didakwa bagi pertuduhan menggunakan dadah.

“Ketiga-tiga tertuduh itu masing-masing berusia 29, 31, dan 32 tahun itu tidak mengaku salah apabila dituduh di Mahkamah Majistret semalam.

“Kesemua mereka didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, tiga lagi penjawat awam itu belum dituduh dan masih dalam siasatan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI