fbpx

63 pasangan bernikah di masjid terpilih Wilayah Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 63 pasangan mempelai mendapat kebenaran mengadakan majlis akad nikah di masjid-masjid terpilih di Wilayah Persekutuan dari 1 Ogos hingga semalam.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam satu kenyataan berkata, kebenaran telah diperluaskan di masjid terpilih di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dengan pengantin terikat dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi menjamin kemaslahatan semua pihak terlibat.

“Ia hanya melibatkan pasangan yang telah mendapat kebenaran berkahwin daripada Jawi dengan kehadiran terhad kepada tiga orang sahaja iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali. Jurunikah dan dua orang saksi adalah dari pihak masjid.

“Semua yang dibenarkan hadir wajib menjalani ujian calitan dan mematuhi SOP serta garis panduan yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan dan lain-lain agensi penguatkuasaan berhubung kawalan penularan wabak penyakit,” katanya menerusi laman Facebook hari ini.

Tambahnya, antara masjid yang mendapat kebenaran pelaksanaan akad nikah dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 1 ialah Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Salahuddin al-Ayubi (Zon 2), Masjid Usamah bin Zaid (Zon 4) di Kuala Lumpur, Masjid Putra di Putrajaya dan Masjid An-Nur di Labuan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI