PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Kompleks Bangunan Perdana Putra, di sini bagi menghadiri mesyuarat khas Kabinet yang bakal dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, pagi ini.
Beliau tiba kira-kira pukul 10 pagi tadi selepas beberapa barisan menteri Kabinet tiba terlebih dahulu di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan itu.
Selain itu, lebih banyak kenderaan membawa Menteri Kabinet termasuk Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin memasuki bangunan Perdana Putra. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929