fbpx

Vinales mohon maaf ‘dirasuk’ emosi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VINALES tidak berlumba pada GP Austria malam tadi. - AFP

STYRIA, Austria – Pelumba sensasi dari Itali, Maverick Vinales tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada majikannya, Monster Yamaha selepas dilaporkan sengaja merosakkan jentera pasukan pada Grand Prix (GP) Stryia saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) minggu lalu.

Susulan kejadian itu, Monster Yamaha telah ‘menggantung’ khidmat Vinales dengan tidak membenarkannya beraksi pada GP Austria yang berlangsung di Litar Red Bull Ring malam tadi.

Kata Vinales, apa yang berlaku sepatutnya boleh dielakkan tetapi dia terlalu beremosi sehingga menyaksikannya gagal mengendalikan jentera dengan baik selain percaya ia adalah berpunca daripada sistem elektronik.

“Saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku kerana ini kali pertama ia terjadi dalam karier saya. Namun, saya beruntung kerana masih ramai yang sudi untuk mendekati saya walaupun dikritik dan dipersalahkan atas isu ini.

“Bagaimanapun, sebagai pelumba bertanggungjawab, saya memohon maaf kepada Yamaha kerana mungkin ia kesilapan dan kecuaian saya sehingga mengakibatkan kerosakan jentera pada GP Stryia yang lepas,” katanya.

Mengulas lanjut, Vinales yang juga juara MotoGP sebanyak tiga kali, menghormati keputusan Yamaha yang menggantungnya tetapi masih berharap hukuman tersebut ditarik semula pada masa akan datang.

“Saya memiliki hubungan yang cukup akrab dengan Yamaha sebelum ini tetapi sejak beberapa hari lepas, keadaan semakin sukar. Namun, mereka tahu saya sentiasa berikan seratus peratus di atas litar dan berharap dapat kembali menyertai pasukan tidak lama lagi,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI