fbpx

Tanah perkuburan di KL masih mampu tampung jenazah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli (kiri) meninjau kerja-kerja penggalian kubur di TPIRS Taman Selaseh, Kuala Lumpur hari ini.

PUTRAJAYA – Tanah-tanah perkuburan di bawah kariah Masjid-Masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih boleh menampung keperluan pengebumian jenazah buat masa ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Kenyataan itu dikongsi Zulkifli selepas meninjau Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (TPIRS) Taman Selaseh, Kuala Lumpur tengah hari tadi.

Pada lawatan sama, Zulkifli turut berkesempatan melihat kerja-kerja penggalian kubur dilakukan oleh Tokoh Barisan Hadapan Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan, Roslee Ali dan rakan-rakannya.

Zulkifli berkata, buat masa ini, 21 buah tanah perkuburan di bawah kariah masjid itu masih mempunyai baki 6,000 slot.

Beliau berkata, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga bercadang membangunkan tanah perkuburan Islam baharu di Bukit Jalil bagi menampung keperluan sedia ada.

“Kawasan seluas kira-kira 4.04 hektar tanah kubur akan ditambah di Bukit Jalil selain melihat tanah-tanah lain yang boleh diwakafkan atau dikhaskan bagi tujuan tanah perkuburan,” katanya.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, buat masa ini, empat tanah perkuburan dikhususkan bagi menampung jenazah di Kuala Lumpur iaitu TPIRS Bukit Kiara yang boleh menampung 4,000 slot, TPIRS Taman Selaseh (8,000 slot), TPIRS Kepong (5,000 slot) dan TPIRS Bukit Jalil (1,000 slot). -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI