fbpx

Sperma lelaki tua bermutasi berisiko sebabkan masalah kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Satu daripada 15 lelaki berusia adalah lebih berisiko memindahkan mutasi negatif kepada anak-anak berbanding lelaki muda. – Getty Images

SAN DIEGO, CALIFORNIA – Satu kajian mendapati mutasi dalam sperma lelaki yang lebih berusia boleh berpindah kepada anak serta menyebabkan masalah kesihatan seperti penyakit jantung atau autisme, lapor portal berita MailOnline semalam.

Kajian oleh kumpulan penyelidik dari Institut Perubatan Genomik Kanak-Kanak Rady dan Fakulti Perubatan Universiti California itu mendedahkan, satu dalam setiap 15 lelaki berusia adalah lebih berisiko memindahkan mutasi negatif itu kepada anak-anak berbanding lelaki muda.

“Amat mengejutkan kerana apabila perbandingan dibuat antara lelaki tua dan muda menunjukkan beberapa perbezaan dalam mutasi.

“Ini memberi petunjuk bahawa mutasi-mutasi ini berkemungkinan  tidak dapat dikesan sehinggalah dia (lelaki berusia) memiliki anak,” kata penulis utama kajian tersebut, Dr. Martin Breuss.

Sementara itu, kajian  sama turut mendapati bahawa  setiap ejakulasi daripada seorang lelaki menunjukkan terdapat purata 30 mutasi. 

“Kami berpendapat mutasi-mutasi ini menyumbang kepada sebahagian besar masalah kesihatan yang berpotensi menyebabkan 15 peratus sindrom autisme, penyakit jantung kongenital dan penyakit pediatrik yang kronik.

“Bagaimanapun, kami berharap dengan mengenal pasti lelaki-lelaki yang berisiko, kes-kes berpotensi seperti ini dapat dielakkan,” kata penulis bersama kajian tersebut, Dr. Joseph Gleeson. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN