fbpx

Jangan puji Haaland berlebihan – Reus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND

DORTMUND – Kapten Borussia Dortmund, Marco Reus memberi amaran agar tidak terlalu memuji bintang sensasi pasukan itu, Erling Braut Haa­land susulan prestasi cemerlangnya sewaktu menewaskan Eintracht Frankfurt 5-2 dalam aksi Bundesliga awal pagi semalam.

Haaland, 21, terus membuk­tikan dirinya sebagai salah se­orang penyerang terbaik di Eropah apabila mele­dak dua gol selain mencipta tiga um­panan jaringan dalam aksi di Stadium Signal Iduna Park itu.

Ini adalah perlawanan kedua berturut-turut penyerang prolifik Norway itu cemerlang di hadapan gawang lawan selepas terdahulu meledak hatrik ketika menang 3-0 ke atas SV Wehen dalam pusingan pertama Piala DFB Pokal minggu lalu.

“Kami memerlukan seorang penyerang seperti Haaland. Dia perlu sentiasa sihat, cergas dan konsisten agar mampu memenuhi kemahuan pasukan dalam setiap perlawanan.

“Dia sudah berulang kali membuktikan ke­mam­puannya dengan men­jaringkan gol daripada pelbagai sudut. Kehadirannya adalah bonus buat kami kerana dia mempunyai kriteria sebagai pemain yang lengkap.

“Namun, anda semua perlu berhati-hati supaya tidak memberikan terlalu banyak pujian kepada dirinya. Dia tidak boleh selesa dengan keadaan semasa dan masih perlu meningkatkan tahap permainannya,” kata Reus.

Secara keseluruhan, Haa­land sudah berjaya menjaringkan 62 gol daripada 61 perlawanan dalam semua kejohanan bersama Dortmund sejak berhijrah daripada kelab Austria, Red Bull Salzburg dua tahun lalu.

Kecemerlangan Haaland se­cara tidak langsung mengha­diahkan kemenangan Bundesliga pertama buat ketua jurulatih Dortmund, Marco Rose yang ba­ru dilantik musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN