fbpx

Samenta seru semua sektor ekonomi dibuka semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) menyeru agar semua sektor ekonomi termasuk bidang pembuatan, pembinaan dan perdagangan dibuka semula dengan kapasiti 80 peratus dengan semua pekerja bagi sesebuah perniagaan itu menerima vaksin sepenuhnya.

Pengerusi Dasar dan Hubungan Kerajaan Samenta, Datuk William Ng berkata, pelawat yang berkunjung ke premis perniagaan tersebut juga perlu menerima vaksin sepenuhnya.

Menurutnya, tindakan ini akan memperkukuhkan kepercayaan masyarakat terhadap vaksin dan juga dapat mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pihak penguatkuasa.

“Kerajaan perlu menerima pakai garis panduan pembukaan semula ekonomi yang lebih konsisten dan sejagat serta bukannya pendekatan secara berperingkat-peringkat seperti yang diumumkan pada masa sekarang.

“Kerajaan juga tidak harus membezakan perniagaan penting dan juga tidak penting agar ia tidak mengelirukan mana-mana pihak agar ia lebih adil kepada semua perniagaan,” katanya dalam kenyataan.

Ng menerangkan, keputusan pembukaan semula sektor ekonomi juga haruslah berdasarkan pada kemampuan setiap perniagaan atau industri untuk melaksanakan garis panduan penjarakan sosial dan keselamatan pekerja dan pelawat, serta status vaksinasi pekerja, pelanggan dan pelawat.

“Sebagai contohnya, pasar pagi dan tani dibenarkan beroperasi tetapi pameran industri yang  mana penguatkuasaan biasanya lebih teratur dan diadakan di tempat yang lebih luas, belum dibenarkan beroperasi,” ujarnya.

Sementara itu, Samenta merakamkan penghargaan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang telah memperjuangkan pembukaan semula sektor perdagangan dan pengedaran dan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di atas peningkatan kapasiti operasi berdasarkan kadar vaksinasi pekerja.

“Sebagai contohnya, pasar pagi dan tani dibenarkan beroperasi tetapi pameran industri yang  mana penguatkuasaan biasanya lebih teratur dan diadakan di tempat yang lebih luas, belum dibenarkan beroperasi,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI