fbpx

Pengguna pil Viagra mengadu alami masalah pendengaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kesan yang dialami mangsa termasuk muntah-muntah, pengsan, kembung perut, sakit belakang, kekeliruan dan hilang ingatan. – Alamy

LONDON – Sebilangan pengguna pil Viagra mengaku mereka mengalami kesan sampingan selepas beberapa tahun mengambil ubat perangsang tersebut termasuk mengalami masalah pendengaran, lapor akhbar The Sun semalam.

Sembilan penduduk Britain mendedahkan bahawa mereka mengalami beberapa kesan sampingan selepas menggunakan pil itu sejak lima tahun lepas.

Selain kurang pendengaran, tiga mangsa mengakui mereka mengalami priapisme, iaitu keadaan yang mana zakar menjadi tegang selama berjam-jam dan disertai rasa sakit.

Malah, dalam kes paling buruk zakar individu tersebut terpaksa dipotong.

Bekas ketua majalah dewasa, Hugh Hefner turut dilaporkan menjadi pekak akibat terlalu banyak mengambil pil Viagra sebelum meninggal dunia pada tahun 2017.

Secara keseluruhan, sebanyak 543 kesan sampingan berkaitan pil Viagra atau versi generiknya, sildenafil telah dikenal pasti.

Antara aduan yang dibuat oleh mangsa termasuk muntah-muntah, pengsan, kembung perut, sakit belakang, kekeliruan dan hilang ingatan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI