PETALING JAYA – Pelakon Paula Verhoeven yang juga isteri aktor terkenal Indonesia, Baim Wong yang sedang sarat hamil ujian sekali lagi teruji apabila dijangkiti denggi berdarah.
Biarpun telah beransur sembuh, Baim memohon kepada orang ramai untuk mendoakan kesihatan dan ksejahteraan isterinya memandangkan kondisi Paula kini sedang hamil anak kedua.
“Kesayangan saya sudah sembuh. Mohon doanya untuk kesihatan Paula dan juga bayinya. Selepas membaca kapsyen ini, ambil kesempatan untuk baca al-Fatihah ya.
“Doa itu didengar Allah SWT. Semakin banyak yang mendoakan, Insha-Allah doanya terkabul,” katanya.
Terdahulu, Paula mencetuskan teka-teki apabila dia berkongsi dirinya berada dalam wad di hospital yang turut ditemani Baim dan anak mereka, Kiano.
Sebelum ini, pelakon terbabit turut mencetuskan kerisauan selepas disahkan positif Covid-19 pada Mei lalu dan telah menjalani rawatan dan kuarantin kendiri di rumah.
Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Kiano Tiger Wong yang kini berusia satu tahun. -K! ONLINE