fbpx

Tiada patung lilin pemimpin komunis di i-City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Blog Suara Sensasi pada 12 Ogos lalu menyiarkan artikel mendakwa beberapa patung pemimpin parti komunis dipamerkan di Red Carpet, Muzium Patung Lilin di i-City, di sini.

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjelaskan tiada patung lilin pemimpin komunis China dipamerkan di Red Carpet, Muzium Lilin di i-City sebagaimana ditularkan sebuah blog pada Khamis lalu.

Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA dalam kenyataan hari ini berkata, pemeriksaan dan pemantauan di premis berkenaan juga mendapati ia telah ditutup sejak Mac tahun lalu disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19.

“Pihak MBSA telah mengadakan pemantauan di premis berkenaan dan mendapati tiada patung lilin pemimpin komunis China seperti yang ditularkan di dalam blog tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, pihak MBSA memohon kerjasama daripada orang ramai supaya mendapatkan fakta yang tepat dan sahih sebelum menyiarkan sesuatu maklumat sama ada melalui platform media sosial atau media massa.

“Ini kerana boleh menimbulkan kekeliruan dan memberikan gambaran yang kurang jelas kepada orang awam,” jelasnya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI