fbpx

Bangunan wisma kosong terbakar lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah wisma kosong di Jalan Kulim di Bukit Mertajam terlibat kebakaran hari ini.

SEBERANG PERAI – Bangunan Wisma Muniandy Pillai di Jalan Kulim, Bukit Mertajam di sini yang terbiar kosong sekali lagi terbakar hari ini selepas kejadian sama berlaku pada Januari lalu.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 12.50 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati kebakaran membabitkan sebuah bangunan empat tingkat tidak berpenghuni.

“Kebakaran berkenaan melibatkan sampah dan struktur dalam sebuah bilik di tingkat dua dengan anggaran keluasan kira-kira 111 meter persegi.

“Kebakaran dianggarkan kira-kita 80 peratus dan api berjaya dikawal pada pukul 1.30 tengah hari tadi,” katanya kepada pemberita hari ini.

Operasi itu membabitkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam dan Bandar Perda.

Kosmo! Online pada 26 Januari lalu melaporkan pasukan bomba berjaya memadamkan kebakaran selepas tingkat empat bangunan kosong itu hangus dijilat api dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI