fbpx

Sepatutnya bersatu hati – Abdul Hadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

PETALING JAYA – Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pihak yang menolak pelawaan untuk bersatu padu menyelamatkan rakyat dan negara demi memenuhi kehendak politik peribadi adalah kelompok gila kuasa yang tidak mempedulikan nyawa rakyat.

Presiden Pas itu berkata, dalam keadaan rakyat di seluruh dunia sedang berdepan dengan pandemik Covid-19 yang masih menular, keselamatan nyawa rakyat daripada bahaya wabak itu hendaklah diutamakan.

“Kita berada dalam bahtera negara yang sedang menghadapi taufan wabak yang mengganas dan mengancam nyawa rakyat, serta kesannya terhadap masalah kehidupan.

“Tiba-tiba hari ini diganggu oleh mereka yang ingin merampas kuasa yang nyata menjadi masalah dan pernah gagal menyelesaikan masalahnya. Maka, peluang sepatutnya diberikan kepada kerajaan dalam tempoh yang sepatutnya,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Katanya, janganlah disebabkan tidak boleh bersabar seketika, semua akan menerima padah dan masalah yang lebih besar dan lebih berat untuk dipikul.

”Tawaran Perdana Menteri kepada semua parti politik bagi mendapatkan kepercayaan bersama terhadap kerajaan terkini supaya memberikan masa untuk menyelesaikan masalah, sepatutnya diterima secara positif.

“Setelah kita mengalami kemelut kerajaan dahulu yang bermasalah, sepatutnya kita memberikan masa kepada kerajaan hari ini agar dapat menyelesaikan masalah bersama.Selepas keadaan mengizinkan, maka barulah kita kembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang mereka mahu dengan selesa,” tambahnya.

Abdul Hadi berkata, pendekatan menghulur tangan dengan mengajak semua pihak tanpa mengira kerajaan demi menyelesaikan masalah sepatutnya diselesaikan secara kemanusiaan tanpa mempedulikan perbezaan dan hendaklah diutamakan lebih daripada kepentingan peribadi.

Menurutnya, hanya mereka yang tidak berperikemanusiaan sahaja tidak akan mempedulikan keadaan rakyat yang perlu diselamatkan sekarang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI