fbpx

DBKL tutup 10 hotel tawar urutan seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada warga asing yang ditahan pasukan khas Jabatan Penguatkuasaan DBKL.

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup sebanyak 10 buah hotel yang menjalankan aktiviti urutan seks di sekitar ibu kota.

DBKL menerusi pasukan khas Jabatan Penguatkuasaan (JPK) meneruskan lagi Tindakan Ops Patuh terhadap premis perniagaan komersial di 11 kawasan parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) bagi tempoh 1 hingga 14 Ogos.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, seramai 39 orang warga asing ditahan bagi tujuan dokumentasi terdiri daripada tujuh warga Vietnam merupakan tukang urut, 10 warga Thailand, 16 warga Indonesia serta enam rakyat Bangladesh.

“Tindakan menyita 87 pelbagai barangan turut dilakukan melibatkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), monitor, kondom, minyak pelincir, video dekoder, buku log, modem dan lain-lain peralatan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, sebanyak 575 buah premis telah dibuat pemeriksaan melibatkan aktiviti yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) menerusi pematuhan Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan lain-lain kesalahan di bawah akta dan peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan DBKL.

“Sebanyak 26 notis kompaun telah dikeluarkan menerusi Akta 342 atas pelbagai kesalahan terhadap individu atau pemilik premis atau syarikat yang ingkar pematuhan SOP PPN yang ditetapkan pihak Majlis Keselamatan Negara.

“DBKL membuat penutupan terhadap 22 buah premis di bawah Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 terhadap 10 buah premis hotel yang menjalankan aktiviti tidak bermoral dan 12 buah premis perniagaan yang dikendalikan oleh warganegara asing,” ujarnya.

Dalam pada itu, DBKL turut mengeluarkan 79 notis kompaun atas pelbagai kesalahan. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI