PETALING JAYA – Satu pengumuman besar berkenaan kedudukan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berlaku esok.
Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md Yusof selepas Mesyuarat Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Publika sebentar tadi.
“Insya-Allah akan ada pengumuman, apa-apa pun kita tunggu esok, kita nampak ada golongan yang tidak bertanggungjawab untuk memastikan rakyat digadaikan,” jelasnya.
Tambahnya, terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memastikan negara terus distrategikan dengan kepimpinan yang boleh memberi kesejahteraan rakyat. – K! ONLINE.