fbpx

Dua budak sekolah samseng jalanan ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja berusia 14 dan 16 tahun ditahan selepas menunggang motosikal secara berbahaya di Jalan Lahar Kepar di Kepala Batas semalam.

SEBERANG PERAI – Dua pelajar sekolah menengah ditahan polis selepas terlibat dalam kegiatan samseng jalanan di Jalan Lahar Kepar di Penaga, Kepala Batas di sini semalam.

Remaja lelaki tingkatan dua dan empat itu ditahan oleh pasukan dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) dalam Op Samseng Jalanan kira-kira pukul 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, remaja berusia 14 dan 16 tahun itu ditahan selepas didapati menunggang dan membonceng sebuah motosikal dalam keadaan berbahaya.

“Mereka didapati membuat aksi wheelie (mengangkat tayar hadapan) bermula dari Jalan Lahar Kepar arah Penaga ke Lahar Ikan Mati.

“Kedua-dua remaja itu kemudiannya ditahan di tepi jalan. Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya kepada pemberita hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI