fbpx

Gerobok makanan bantu pelajar, warga sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Shahril (kiri) melihat barang-barang makanan semasa pelancaran Gerobok Kongsi Rezeki Sekolah-Sekolah di Pusat Khidmat DUN Bota kelmarin.

PARIT – Inisiatif untuk membantu penduduk setempat dengan anak-anak kecil yang terputus bekalan makanan digiatkan menerusi program Gerobok Kongsi Rezeki Sekolah-Sekolah.

Ia adalah kelangsungan daripada program sebelumnya iaitu Gerobok Kongsi Rezeki di masjid-masjid dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bota, Khairul Shahril Mohamad berkata, sebuah almari berisi barang makanan akan diletakkan di sekolah dan boleh diambil secara percuma.

Menurut beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Perak, ini merupakan satu lagi inisiatif bagi membantu orang ramai yang sangat-sangat memerlukan.

“Sebelum ini kita sudah gerakkan Gerobok Kongsi Rezeki di masjid-masjid DUN Bota, sekarang kita melipatgandakan usaha tersebut di sekolah-sekolah pula.

“Penting untuk kita pastikan individu atau keluarga tidak terputus bekalan makanan atau anak-anak kelaparan di rumah,” ujarnya semasa melancarkan program itu di Pusat Khidmat DUN Bota kelmarin.

Sebagai permulaan, Pusat Khidmat DUN Bota akan menyediakan barang-barang pada gerobok atau almari makanan sebelum inisiatif seterusnya dilakukan oleh pihak sekolah.

Kata Khairul Shahril, gerobok makanan yang mengandungi barang keperluan asas ini disediakan khusus kepada warga sekolah, ibu bapa serta murid-murid yang kurang berkemampuan.

“Harapan saya supaya usaha ini dapat membantu orang ramai, pegang dengan kata-kata ini sumbang apa yang termampu, ambil hanya apa yang perlu,” ujarnya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI