fbpx

Malu dengan anak-anak, Vicha Saywho kini berhijab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMEJ terbaharu Vicha yang kini tampil manis berhijab. Kanan merupakan gambar tiga orang anak perempuan Vicha yang berada di Indonesia.

PETALING JAYA – Pelawak yang juga pelakon Vicha Saywho kini nekad untuk tampil dengan imej berhijab dan memohon peminat untuk mendoakan penghijrahannya ke arah yang lebih baik.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Vicha atau nama sebenarnya Refika Novianti Faturohman, 33, turut berkongsi sekeping foto menunjukkan imej terbaharunya yang manis mengenakan hijab.

“Bismillah Ya Allah. Saya minta tolong kepada semua untuk mendoakan yang baik-baik. Saya budak masih belajar. Insya-Allah,” tulisnya.

Menerusi hantaran berbeza, Vicha turut mengakui berasa malu dengan anak-anaknya apabila menyedari hanya dirinya yang masih belum berhijab berbanding ahli keluarganya yang lain.

“Ya Allah, baru perasan dalam keluarga sayalah yang baru berhijab. Malunya sedangkan anak-anak saya semua pun pakai hijab dah lama. Ampunkan saya Ya Allah. Subhanallah, Insya-Allah tiada kata terlambat untuk hamba-Nya yang ingin belajar dan memperbaiki dirinya,” ujar Vicha.

Dalam pada itu, selebtriti asal Indonesia itu turut berterima kasih kepada keluarganya yang selama ini menjadi tulang belakang kepadanya dalam segala hal sama ada baik atau buruk.

“Rindu kepada mereka semua (keluarga). Merekalah kekuatan saya yang selalu sokong dari belakang.

“Merekalah yang selalu ada dalam segala keadaan. Ya Allah, terima kasih atas segalanya yang telah Engkau berikan. Sujud syukur kepada-Mu dalam setuip keadaan, Insya-Allah kita akan berjumpa lagi keluargaku. Saya rindu semua,” katanya.

Terdahulu, Vicha yang baru sahaja mendapatkan rawatan di hospital kerana masalah gastrik melahirkan rasa bimbang dan rindu apabila sudah dua tahun tidak berjumpa dengan tiga anaknya iaitu Aurael Angelina Khezya, Listya Arum Tresnasih dan Michelle Averina Chalista demi mencari rezeki di Malaysia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI