fbpx

“Ingat Allah, kita tak tahu bila akan pergi”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa tembakan di Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kota Samarahan tiba di Hospital Umum Sarawak, Kuching semalam.

KOTA SAMARAHAN — “Jangan tinggal solat. Ingat Allah kerana kita tidak tahu bila kita akan pergi.”

Itulah pesanan terakhir mangsa tembak, Allahyarham Koperal Udara Sharif Mohd. Siddiq Al-Attas Wan Sabli, 29, kepada adiknya ketika mereka berdua dalam perjalananan ke tempat kerja masing-masing semalam.

Menurut Sharif Mohd. Saddam, 27, berkata, dia tidak menyangka semalam merupakan pertemuan terakhir mereka.

“Arwah ada menyatakan hasrat nak pergi memancing baru-baru ini kerana dia baru membeli joran baharu,” katanya ketika ditemui semalam.

Sharif Mohd. Saddam

Arwah Sharif Mohd. Siddiq yang merupakan anak kedua daripada tujuh adik-beradik meninggalkan seorang isteri dan tiga anak.

Menurut Sharif Mohd. Saddam, isteri arwah baharu selesai berpantang selepas melahirkan anak ketiga dua bulan lalu.

Katanya lagi, arwah telah berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selama 12 tahun.

Sebelum ini arwah abangnya bertugas di TUDM Kepala Batas, Pulau Pinang sebelum berpindah ke TUDM Kota Samarahan dua tahun lalu.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI