PETALING JAYA – Mesyuarat Kabinet tergempar yang dijadualkan berlangsung di Putrajaya pada pukul 4 petang hari ini sedang diadakan di kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Jalan Setia Bakti 2, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Mesyuarat yang sepatutnya dijalankan di bangunan Perdana Putra, Putrajaya itu dihadiri oleh menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri.
Ia diadakan sehari selepas Muhyiddin membuat tujuh tawaran kepada Ahli Parlimen pembangkang bagi meraih sokongan mereka ketika usul undi percaya yang dijadualkan berlangsung di Parlimen pada 7 September depan. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929