KLANG – Lima lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan kongsi gelap Geng 08 ditangkap di dalam tiga serbuan berasingan sekitar daerah ini baru-baru ini.
Penangkapan kesemua suspek berusia 17 hingga 24 tahun dilakukan pada Rabu lalu susulan penularan video berdurasi 30 saat memaparkan aktiviti sambutan hari jadi dengan memotong kek menggunakan
pedang samurai.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, berdasarkan pemeriksaan video yang dikesan pukul 8 pagi hari sama itu disyaki berlaku di sebuah rumah di kawasan Batu 10 Jalan Kapar di sini.
“Turut di kesan dari hasil pemerhatian dalam video tersebut terdapat logo atau lambang dipercayai dari sebuah kumpulan kongsi gelap Geng 08 yang telah diwartakan sebagai pertubuhan haram dibawah kesalahan Akta Pertubuhan 1966.
“Rakaman video tersebut juga memaparkan sekumpulan lelaki telah melakukan kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Nurulhuda, bertindak atas maklumat, pihaknya kemudiannya menahan kelima-lima suspek tersebut.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929