fbpx

Empat ekor gajah dipindahkan Taman Pemuliharaan Gajah Tasik Kenyir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA Unit Tangkapan Gajah, Kuala Gandah menaikkan dua ekor gajah liar yang ditangkap ke atas lori untuk dipindahkan ke Taman Pemuliharaan Gajah Tasik Kenyir di Felda Kota Gelanggi Tiga di Jerantut hari ini.

JERANTUT – Empat ekor gajah liar yang merayau berhampiran ladang sawit Felda Kota Gelanggi 3 di sini berjaya dijinakkan dalam operasi penangkapan dan pemindahan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang di sini hari ini.

Pengarah Perhilitan Pahang, Rozidan Md. Yasin berkata, operasi memindahkan gajah liar melibatkan 18 anggota Unit Tangkapan Gajah (UTG) Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah itu mengambil masa tiga jam selepas bermula pukul 9.30 pagi tadi.

“Dalam operasi ini dua ekor gajah denak iaitu Rambai dan Kasturi yang dibawa dari PKGK Kuala Gandah Lanchang digunakan untuk operasi penangkapan.

“Empat ekor gajah liar ini merupakan ahli kawanan terdiri daripada 20 hingga 30 ekor gajah yang masih merayau-rayau di kawasan Hutan Simpan Tekam berdekatan perkampungan pesisir Sungai Pahang di mukim Tembeling Tengah, Pulau Tawar dan kawasan ladang Felda,”katanya di sini hari ini.

Menurut Rozidan, Perhilitan memindahkan dua ekor gajah yang ditangkap itu ke Taman Pemuliharaan Gajah Tasik Kenyir, Terengganu hari ini manakala operasi pemindahan dua ekor lagi akan dilakukan esok.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI