SHAH ALAM – Pengusaha Bas Sekolah Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur (PBSSPKL) yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dibantu menerusi 1,147 set makanan asasi, hari ini.
Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Dr. Ahmad Shahir Makhtar berkata, setiap satu set makanan itu bernilai RM100 dengan nilai keseluruhan berjumlah RM114,700.
“Sumbangan yang diberikan dalam bentuk makanan asasi iaitu beras, minyak, tepung, gula dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu Pengerusi PBSSPKL, Mohamad Harun Mohamad Sidik memberitahu, kesemua sumbangan itu akan diedarkan kepada ahli-ahlinya selewatnya sehingga Selasa depan.
Tambah beliau, bantuan yang diagihkan ini secara langsung membantu meringankan kos perbelanjaan seharian pengusaha-pengusaha bas sekolah ketika ini.
“Saya merayu agar bantuan seperti ini dapat diteruskan sekiranya sekolah masih tidak dibuka pada tahun ini,” jelasnya. -K !ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929