fbpx

Hud Distribution edar 720 kotak susu Summerfield

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah Hud Distribution, Mohd. Firdaus Ab Wahab (depan, kiri) dan Noorhidayati (tengah) mengagihkan susu kepada petugas PPV Bagan Serai baru-baru ini.

PETALING JAYA – Syarikat pengedar susu jenama Summerfield, Hud Distribution Sdn. Bhd. mengedarkan 720 kotak susu kepada petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin Stadium Bagan Serai, Perak baru-baru ini.

Pengarahnya, Noorhidayati Mohd. Zuhudin berkata, tujuan mereka mengedarkan susu berkenaan adalah untuk menggembirakan dan menceriakan petugas barisan hadapan yang bertugas di PPV tersebut.

Katanya, sebagai barisan hadapan yang menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat, golongan tersebut perlu kekal sihat dan bertenaga.

“Hampir dua tahun dunia dan negara ini khususnya dilanda wabak menggerunkan itu, menyebabkan rutin harian petugas barisan hadapan berubah kerana terpaksa mengerah tenaga dan masa 24 jam sehari.

“Ia adalah pembunuh senyap yang kedatangannya tidak dapat dilihat dan dirasai. Petugas barisan hadapan terus berjuang untuk memberi rawatan terbaik kepada pesakit,” katanya dalam satu kenyataan.

Noorhidayati berkata, selain petugas barisan hadapan, susu itu juga turut diberikan kepada mereka yang sudah divaksin.

Selepas selesai mengedarkan susu Bagan Serai, katanya, mereka akan ke PPV Ipoh, Tanjung Malim, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis dalam masa terdekat. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI