fbpx

Kilang tidak serik cemar habuk berdepan tindakan tegas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa penguat kuasa JAS menjalankan operasi di sebuah kilang di Telok Panglima Garang semalam.

SEPANG – Sebuah kilang yang menjalankan aktiviti peleburan aluminium di Telok Panglima Garang, Kuala Langat dekat sini dikenakan tindakan notis penahanan operasi kelengkapan (POK) oleh pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS), semalam.

Pengarah JAS Negeri Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, tindakan itu diambil ekoran kegagalan alat kawalan pencemaran udara berfungsi hingga menyebabkan pencemaran habuk ke kawasan berhampiran.

Katanya, operasi kira-kira pukul 3 petang itu dijalankan sepasukan penguat kuasa JAS Cawangan Sepang berdasarkan aduan yang diterima terhadap kilang berkenaan yang beroperasi sejak tiga tahun lalu.

“Kesalahan tersebut juga merupakan kesalahan berulang dan kali kedua dilakukan di mana sebelum ini pemilik premis berusia 50-an itu pernah melakukan kesalahan sama pada April lalu.

“Disebabkan itu, kilang berkenaan berdepan dengan tindakan lebih tegas dan JAS telah menahan operasi kilang terbabit selain menyita peralatan peleburan sehingga pihak kilang mengambil tindakan pembaikan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, bagi kesalahan sebelum ini, pihaknya akan mengemukakan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pendakwaan di mahkamah.

Katanya, bagi kes terbaharu itu pula, siasatan akan dibuat di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI